Pemimpin Hamas ditangkap Israel

Iklan
JAMAL Al-TAWIL Foto: Twitter

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

BAITULMAQDIS - Tentera Israel pada Rabu berkata, seorang pemimpin Hamas ditangkap di Tebing Barat kerana dituduh menubuhkan sebuah pangkalan untuk kumpulan pejuang Palestin di wilayah tersebut.

Pasukan khas menangkap pemimpin Hamas itu, Jamal al-Tawil di bandar Ramallah lewat Selasa lalu, kata tentera rejim Zionis.

Iklan
Iklan

Ia menyatakan Tawil mengambil bahagian yang aktif ketika mengendalikan protes-protes anti-Israel dan menubuhkan semula ibu pejabat Hamas di Ramallah.

Menurut AFP, jurucakap Hamas, Hazem Qassem mengesahkan penangkapan itu.

Iklan

Tangkapan itu berlaku selepas gencatan senjata dipersetujui antara rejim Zionis dengan Hamas setelah berlaku pertempuran selama 11 hari antara kedua-dua pihak berikutan ketegangan yang berlaku di Baitulmaqdis.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas di Gaza, Iyad al-Bozom berkata, dua pejuang pergerakan tersebut terkorban ketika cuba mematikan bahan bahan letupan milik tentera Israel di Gaza.

Iklan

Israel telah menangkap berpuluh-puluh pejuang Hamas sejak beberapa minggu lalu di Tebing Barat termasuk beberapa pejuang pergerakan tersebut yang merancang bertanding dalam pilihan raya Palestin yang sepatutnya diadakan pada Mei lalu tetapi ditangguhkan oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. - Agensi