De Boer tidak panik

Iklan
De Boer memberikan arahan kepada para pemainnya ketika aksi perlawanan persahabatan menentang Scotland pada awal pagi Khamis.

PENGENDALI Belanda, Frank de Boer tidak panik selepas pasukannya hanya mampu seri 2-2 menentang Scotland dalam perlawanan persahabatan di Estadio Algarve, Portugal pada awal pagi Khamis.

Menurutnya, pasukannya masih mempunyai masa untuk menambah baik pasukan menjelang aksi Euro 2020 yang akan berlangsung pada 11 Jun sehingga 11 Julai ini.

Iklan
Iklan

"Adakah eksperimen dengan formasi 5-3-2 gagal? Tidak dan saya langsung tidak risau. Kami hanya sempat berlatih dengan formasi itu sekali sahaja dalam sesi latihan selain kami juga sedang melihat formasi 4-3-3.

"Malah, pemain seperti Georginio Wijnaldum dan Frenkie de Jong baru sahaja menyertai pasukan dan memerlukan masa untuk kembali serasi. Namun, saya tahu kami perlu memperbaiki kelemahan menjelang kejohanan itu nanti," katanya.

Iklan

Dalam perlawanan itu, Scotland berada di depan menerusi Jack Hendry pada minit ke-10 sebelum disamakan Memphis Depay pada minit ke-17.

Namun, Kevin Nisbet kembali meletakkan pasukan The Tartan Terriers itu di hadapan Depay sekali lagi hadir menerusi gol penyamaan pada minit ke-89.

Iklan

Dalam pada itu, pertahanan Belanda, Stefan de Vrij mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki Belanda dan berharap mampu mencatatkan kemenangan untuk meningkatkan motivasi pasukan dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang Georgia pada Isnin ini.

"Saya nampak beberapa perkara bagus dalam pasukan, namun masih banyak yang perlu diperbaiki. Daripada segi penguasaan bola kami perlu lebih bagus dan memastikan pemain berada di posisi yang betul.

"Kami juga melepaskan gol yang mudah dan seharusnya ia tidak berlaku kerana ia akan menyukarkan kami untuk mencari gol penyamaan," katanya.