LSD tidak mengancam manusia

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

IPOH - Penyakit kulit kental (LSD) yang dilaporkan menjangkiti haiwan ruminan di negara ini tidak memberi kesan atau ancaman kepada manusia.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak, Dr Ahmad Shafri Hassan berkata, kajian penyelidik mendapati ada kes terpencil melibatkan penternak yang tidak menjaga kebersihan diri selepas mengendalikan ternakan berpenyakit.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, menurutnya, kes seumpama itu sangat jarang berlaku.

"Penyakit kulit kental adalah penyakit yang hanya menjangkiti ternakan lembu dan kerbau telah merebak ke beberapa negara di Asia Tenggara lain.

Iklan

"Lembu atau kerbau yang berpenyakit boleh menjangkiti ternakan lain melalui vektor yang menghisap darah haiwan seperti kutu, nyamuk dan lalat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyakit kulit serang lembu, kerbau di Perak

Iklan

Ahmad Shafri berkata, penyakit itu juga tidak boleh tersebar kepada manusia melalui vektor terlibat.

Katanya, situasi wabak kini masih terkawal dan pihaknya sedang mengambil tindakan susulan bagi membendung penularan penyakit itu.

"Penternak yang mendapati terdapat tanda-tanda penyakit ini pada haiwan ternakan mereka diminta segera melaporkannya kepada JPV Perak.

"Ternakan berpenyakit perlu diasingkan dan diberi rawatan sokongan. Ternakan berpenyakit juga dilarang di pindah keluar dari lokasi wabak dan tidak disembelih tanpa merujuk terlebih dahulu dengan pihak jabatan," katanya.