Tempoh bayaran cukai tanah di Johor dilanjutkan

Iklan
Hasni

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah 2021 dengan pemberian rebat sebanyak 10 peratus hingga 30 September.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad berkata, keputusan itu dibuat sebagai tanda prihatin kerajaan negeri terhadap keluhan rakyat susulan Sekatan Pergerakan Penuh yang sedang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini.

Iklan
Iklan

"Pelanjutan tempoh akhir ini diharap dapat memberi masa yang mencukupi bagi pemilik menunaikan tanggungjawab menjelaskan bayaran cukai tanah masing-masing.

"Denda lewat tahun 2021, iaitu sebanyak 20 peratus dengan kadar minimum RM10 yang sepatutnya dikenakan bermula pada 1 Jun 2021 hanya akan dikenakan mulai 1 Oktober 2021," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Iklan

Menurut Hasni, kerajaan negeri amat menghargai usaha dan komitmen semua pemilik untuk menjelaskan bayaran cukai tanah mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

"Ekoran pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh, rakyat Johor dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19," katanya.

Iklan