Lepak bawah flat, 5 individu dikompaun

Iklan
Lima individu yang dikompaun kerana melepak tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka di sebuah flat di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru pada Rabu. - Foto Polis JBS

JOHOR BAHRU - Lima individu termasuk seorang wanita dikompaun kerana melepak dan tidak memakai pelitup muka ketika pihak berkuasa melakukan operasi pemantauan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh di sebuah flat di Taman Pelangi Indah, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, operasi itu diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Lim Jit Huey bersama Ketua Cawangan Kereta Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Asisten Superintendan Tan Ting Chuan serta anggota Team Task Force MPV.

Iklan
Iklan

"Kesemua individu berusia antara 19 dan 33 tahun itu ditahan pada jam 4.40 petang sewaktu sedang melepak tanpa mematuhi penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

"Mereka dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan di kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang kerana melakukan kesalahan di bawah peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya.

Iklan

Kata beliau, operasi ‘snap check’ juga dilakukan di Jalan Harmonium dan 35 individu dan 33 buah kenderaan telah diperiksa.

Bagaimanapun, kebanyakan pemandu yang diperiksa mematuhi SOP dalam kenderaan dan memberi alasan keluar untuk membeli barangan keperluan harian berhampiran kawasan tempat tinggal.

Iklan

"Pemantauan juga mendapati pergerakan kenderaan di atas jalan raya pada hari kedua pelaksanaan 'total lockdown' ini semakin berkurangan.

"Kita akan terus melakukan operasi pemantauan dan pematuhan SOP sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0 ini dan tidak akan berkompromi terhadap individu yang melakukan kesalahan tidak mengikut SOP,” katanya.