Remaja perempuan hilang di Shah Alam

Iklan

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan kehilangan seorang remaja perempuan dari Seksyen 7 di sini yang ditularkan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, laporan kehilangan remaja,15, dibuat oleh bapanya, sehari selepas kejadian pada Isnin lepas.

Iklan
Iklan

"Mangsa telah keluar rumah pada 31 Mei 2021 tetapi tidak pulang ke rumah hingga tarikh laporan polis dibuat (1 Jun).

"Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai Orang Hilang,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Menerusi laman Instagram sk8msia yang tular dan remaja itu didakwa bermain papan selaju di kawasan taman rekreasi berhampiran rumahnya sebelum disedari hilang.

Adiknya yang mencarinya di lokasi itu pada kira-kira 10 malam, hanya menemukan sarung tangan dan topi keledar dipercayai milik remaja tersebut. - Bernama

Iklan