Indonesia tidak hantar jemaah haji tahun 2021

Iklan
Indonesia memutuskan untuk tidak menghantar jemaah haji untuk tahun 1442 hijrah atau 2021.

JAKARTA - Indonesia memutuskan untuk tidak menghantar jemaah haji untuk tahun 1442 hijrah atau 2021.

"Kerana masih pandemik (Covid-19) dan demi keselamatan jemaah, pemerintah memutuskan bahwa tahun ini tidak memberangkatkan jemaah haji Indonesia,” kata Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas dalam sidang media menerusi webinar pada Khamis.

Iklan
Iklan

Selain itu beliau berkata, keputusan itu juga berikutan kerajaan Arab Saudi sehingga Khamis masih belum mengundang atau memberikan kuota serta membincangkan mengenai persiapan jemaah haji dari Indonesia.

Sebelum pandemik Covid-19, lebih 230,000 jemaah haji dari Indonesia menunaikan haji setiap tahun. - Bernama

Iklan
Iklan