Calon BN: Debat hanya popularkan calon, tak selesai masalah rakyat

Iklan
Zakaria bersama Asyraf Wajdi meninjau sekitar Kampung Sesapan Batu Minangkabau. FOTO SINAR HARIAN: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SEMENYIH - Calon BN PRK DUN Semenyih, Zakaria Hanafi berpendapat debat dianjurkan Bersih tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat namun hanya mengutamakan populariti calon bertanding.

Menurutnya, beliau menolak pelawaan debat itu kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha mendekati rakyat selain menyelesaikan masalah dibangkitkan.

Iklan
Iklan

"Saya hendak tumpu selesaikan masalah rakyat. Kalau debat itu soal peribadi, saya dan dia (calon PH, Muhammad Aiman Zainali) saja yang akan dapat populariti.

"Kita hendak berkhidmat kepada rakyat bukannya hendak berpidato. Kalau hendak pidato, sijil saya pun dah banyak," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke rumah penduduk di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, di sini, pagi tadi.

Iklan

Zakaria bersama Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum itu melakukan program ziarah kasih di kampung tersebut.

Semalam, calon PH menolak untuk menyertai debat anjuran Bersih disebabkan calon BN enggan turut sama dalam program tersebut.

Iklan

Sehingga kini hanya calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul bersetuju menerima pelawaan Bersih untuk berdebat.

Bersih bercadang untuk mengadakan debat berkenaan dengan menampilkan calon bertanding dalam PRK DUN Semenyih di kampus University of Nottingham Malaysia, di sini..

Sementara itu, ketika ditanya adakah beliau menjadi mangsa fitnah dan provokasi lawan sepanjang kempen, Zakaria mengakui perkara seumpama itu terjadi.

"Ada beberapa fitnah yang dikaitkan dengan saya tersebar tapi saya menyerahkan kepada pihak parti untuk mengambil tindakan lanjut,” katanya.