Zulkifli perjelas isu hadis sultan merupakan bayangan ALLAH

Iklan
Hantaran di Twitter Jakim pada Khamis.

SHAH ALAM- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta orang ramai tidak membuat dan mencipta spekulasi berhubung hadis berkaitan sultan merupakan bayangan ALLAH.

Menurutnya, bayangan ALLAH berdasarkan al-Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir adalah seperti tempat berteduh dan perumpamaan teduhan apabila pemerintah itu memerintah dengan adil.

Iklan
Iklan

"Ia juga bermaksud kemuliaan dan kekuasaan. Saya telah jelaskan sejak 2018. Baca terlebih dahulu sebelum cipta persepsi,” ciapnya apabila terdapat warganet mempersoalkan hantaran yang dimuat naik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Twitter pada Khamis.

Hadis yang telah dimuat naik oleh Jakim bermaksud sultan (pemerintahan) merupakan bayangan ALLAH di bumi, barangsiapa yang memuliakannya maka ALLAH memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka ALLAH akan menghinanya.

Iklan

Jelas Zulkifli, sultan atau pemerintah merupakan tonggak utama dalam sesebuah negara, tanpa mereka keadaan akan menjadi huru-hara kerana tidak ada orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan.

Tambah beliau, perkataan bayangan ALLAH memerlukan kefahaman yang lebih mendalam.

Iklan

Di samping itu, ia menunjukkan bahawa pemimpin atau pemerintah itu mempunyai kelebihan berbanding dengan yang lain.

"Hadis yang menyatakan bahawa pemerintah adalah bayangan ALLAH adalah dhaif dan makna hadis ini menunjukkan bahawa pemerintah mempunyai kedudukan yang istimewa berbanding rakyat yang berada di bawahnya,” ujarnya.