IPOH - Jabatan Kesihatan Negeri Perak menafikan mesej tular yang meminta warga emas agar menghubungi nombor telefon Bilik Gerakan Vaksin Covid-19 di Stadium Indera Mulia, di sini untuk mendapatkan suntikan.
Jabatan itu dalam kenyataan di laman sosial Facebook rasminya memaklumkan, mesej tersebut yang ditujukan kepada penduduk Ipoh berusia 60 tahun ke atas untuk menggantikan individu gagal hadir janji temu suntikan vaksin, adalah palsu.