Petugas Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) melakukan kerja-kerja sanitasi awam di sekitar Bandaraya Kuantan bagi mengekang penularan virus COVID-19 ketika tinjauan, di Kuantan, hari ini.
Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia mencatatkan 7,049 kes sembuh COVID-19 hari ini, angka tertinggi dicatatkan sejak wabak itu melanda negara, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 508,947.