Sebuah parkir dijual RM5.3 juta di Hong Kong

Iklan
Gambar fail menunjukkan kawasan pembangunan apartmen mewah di The Peak, Hong Kong. - Foto AFP

HONG KONG - Satu tempat letak kereta atau parkir dijual pada harga HK$10 juta (RM5.3 juta) di sebuah kompleks apartmen mewah di Hong Kong, lapor media tempatan pada Jumaat.

Menurut AFP, tempat letak kereta itu merupakan sebahagian daripada projek pembangunan mewah Mount Nicholson di The Peak iaitu sebuah kawasan yang telah menarik ramai kehadiran penghuni kaya sejak zaman penjajah British lagi.

Iklan
Iklan

Seorang individu yang mengetahui penjualan itu berkata, syarikat Wharf Holdingd Ltd. dan Kumpulan Nan Fung menjual tempat letak kereta itu.

The Peak adalah kawasan setinggi lebih 500 meter di Hong Kong.

Iklan

Bagaimanapun, syarikat Wheelock Properties yang bertanggungjawab menjual unit-unit apartmen itu enggan mengulas tentang penjualan tempat letak kereta tersebut.

Projek pembangunan itu turut merangkumi 19 buah rumah taman dan 48 unit apartmen. - Agensi

Iklan