SUBANG JAYA - Polis tidak akan mengenakan kompaun terhadap individu yang berbasikal untuk ke tempat kerja.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, tindakan kompaun hanya dikeluarkan sekiranya basikal digunakan untuk aktiviti beriadah seperti yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.