JOHOR BAHRU- Misteri bau busuk sejak beberapa hari lalu di sebuah rumah di Pangsapuri Taman Sri Setanggi, di sini akhirnya terjawab dengan penemuan mayat seorang wanita warga emas, pada pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai bau busuk berkenaan pada jam 8.45 pagi, sebelum anggota Unit Risikan Sempadan dan Kereta Peronda Polis dari Balai Polis Majidee dikejarkan ke lokasi kejadian.