SAPURA Energy Bhd (SEB) terbuka dalam menjalinkan perkongsian dengan firma global bagi segmen penggerudian dan sedang berbincang dengan beberapa rakan kongsi berpotensi, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Shahril Shamsuddin.
Beliau berkata, pihaknya mahu mencapai persetujuan perkongsian seperti perjanjian yang dimeterai baru-baru ini dengan OMV Aktiengesellschaft (OMV AG) dari Austria.
Perkongsian dengan OMV AG bertujuan memudahkan penubuhan syarikat usaha sama melalui penjualan 50 peratus kepentingan dalam cabang cari gali dan pengeluaran gas SEB, Sapura Upstream Sdn Bhd.
"Kami sedang berbincang dengan beberapa syarikat asing yang datang kepada kami, dan masih mencari perkongsian berpotensi terbaik pada harga terbaik,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat itu di sini, hari ini.
Ketika ini nilai perolehan kontrak SEB pada RM18.2 bilion dan 80 peratus daripadanya adalah bahagian kejuruteraan dan pembinaan manakala bakinya pula dalam penggerudian, serta cari gali dan pengeluaran.
Shahril berkata syarikat itu mempunyai 16 aset penggerudian yang agak baharu dan boleh bertahan antara 16 dan 20 tahun secara purata.
"Kadar penggunaan aset penggerudian buat masa ini pada sekitar 35 peratus dengan kira-kira enam hingga tujuh aset sedang digunakan berbanding lima hingga enam rig digunakan pada tahun lepas yang menyumbang anggaran RM400 juta kepada perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan kepada syarikat,” katanya.
Shahril berkata ketika industri mengalami kelembapan sejak tiga tahun lepas, SEB melaksanakan usaha dan mengguna pakai strategi proaktif untuk membuka pasaran baharu selain membangunkan keupayaan, kepakaran dan proses baharu.
"Semua ini bertujuan memastikan apabila pasaran kembali pulih dan bertambah baik, kami akan dapat memanfaatkannya.
"Usaha tersebut membuahkan hasil positif dan SEB kini adalah syarikat yang memiliki kemahiran tinggi dalam kewangan, kejuruteraan, pengurusan kontrak, pemerolehan, pengoperasian, cari gali dan pengeluaran, serta robotik,” katanya.
Sementara itu, semasa EGM hari ini, pemegang saham meluluskan beberapa resolusi termasuk langkah suntikan modal melalui terbitan hak untuk mengumpul RM4.0 bilion.
"EGM hari ini berjalan lancar dengan sokongan kukuh dari dana institusi seperti Permodalan Nasional Bhd , syarikat pegangannya, Sapura Technology Bhd, dan lain-lain untuk melaksanakan langkah itu.
"PNB komited untuk melanggan lebihan saham hak tertakluk kepada agregat pegangan saham 40 peratus manakala Sapura Technology pula akan melanggan minimum RM300 juta saham hak.
"Kelulusan bagi terbitan hak itu akan membantu memperkukuh lembaran imbangan dengan memanfaatkan peluang yang muncul,” katanya.
Shahril berkata SEB juga memohon persetujuan pemegang saham bagi janji niaga OMV AG pada Januari 2019. - Bernama