Tok Mat lepas jawatan Presiden PSM

Iklan
Ahmad

DATUK Seri Ahmad Ismail mengumumkan peletakan jawatan sebagai presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkuatkuasa 12 tengah malam tadi atas rasa tanggungjawab susulan kemelut melanda badan induk sepak takraw negara tersebut ketika ini.

Menurut Ahmad, keputusan itu diambil bagi memastikan keharmonian dalam kalangan keluarga sukan tradisi di peringkat tempatan selepas 10 persatuan negeri mengumumkan penarikan diri susulan pergeserannya dengan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Iklan
Iklan

"Saya Ahmad Ismail, dengan penuh rasa tanggungjawab yang tinggi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden PSM berkuatkuasa 12 tengah malam ini.

"Terima kasih kepada semua ahli gabungan termasuk negeri yang tidak menyokong saya bermula dari 2014 kerana memberi komitmen dan sokongan padu kepada program serta kejohanan PSM termasuk Liga Sepak Takraw (STL)," katanya ketika program temu bual di Astro Arena malam tadi.

Iklan
Iklan