Program naturalisasi tak gagal

Iklan
Laporan Sukan Sinar pada Jumaat. Gambar kecil: Mohd Yusoff

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan program naturalisasi yang dilaksanakan badan induk itu sejak beberapa tahun lalu gagal mencapai objektif.

Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya membuat tapisan ketat terlebih dulu sebelum menyenaraikan mana-mana pemain untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, setiap pemain naturalisasi yang dipilih memiliki kualiti mereka tersendiri, namun memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepasukan.

"Kita tidak anggap pemain atau program naturalisasi gagal. (Mohamadou) Sumareh juga agak struggle di peringkat permulaan tetapi dia mula menunjukkan taringnya ketika menentang Indonesia (di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September 2019).

Iklan

"Mungkin ada pihak yang mempersoalkan pemilihan Liridon (Krasniqi) dan (Guilherme) de Paula. Tetapi setakat ini hanya mereka yang melepasi syarat untuk dijadikan pemain naturalisasi dan pemilihan mereka dibuat Jawatankuasa Pemilihan FAM.

"Selepas ini, mungkin kita akan ada lebih banyak pilihan untuk pemain naturalisasi ini. Namun, kita akan tetap menilai sebelum memilih pemain yang benar-benar berkualiti,” katanya dalam sidang media secara maya pada Jumaat.

Iklan

Prestasi trio naturalisasi Harimau Malaya - Liridon, de Paula dan Sumareh dikritik hebat penyokong bola sepak Malaysia susulan kekalahan besar 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada awal pagi Jumaat.

Malah, ada sebilangan penyokong yang mahukan FAM mengkaji semula status ketiga-tiga pemain naturalisasi dalam skuad Harimau Malaya itu.

Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, pihaknya masih memberikan kepercayaan kepada trio berkenaan bagi menggalas cabaran Harimau Malaya dalam kempen kelayakan tersebut.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, program naturalisasi ini tidak gagal cuma mungkin ada pemain memerlukan masa bagi membentuk persefahaman serta semangat berpasukan bersama rakan-rakan sepasukan,” jelasnya yang juga pengurus skuad Harimau Malaya.