TUNKU Ismail Sultan Ibrahim melahirkan hasrat untuk merekrut pemain pertahanan, FC Midtjylland, Dion Cools dalam usaha memperkuatkan cabaran pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Menurut Tunku Ismail, penampilan pemain kacukan Belgium-Malaysia berusia 24 tahun yang kini menyarung jersi Harimau Malaya tersebut berjaya menarik perhatiannya sambil menyifatkan tahap permainan pemain yang kini beraksi di Liga Denmark itu berada pada kelas tersendiri.