WUIF wakaf 400 naskhah al-Quran sebagai sokongan emosi

Iklan
Hashim (kiri) menyerahkan al-Quran wakaf kepada wakil pengurusan PKRC Politeknik Port Dickson pada Jumaat.

SEREMBAN - Sebanyak 400 naskah al-Quran disumbangkan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah Covid-19 ( PKRC) Negeri Sembilan sebagai sokongan emosi kepada pesakit Covid-19 dan kakitangan yang bertugas di PKRC.

Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) melalui wakaf al-Quran itu diadakan sejak setahun lalu sebagai salah satu pendekatan secara rohani kepada pesakit Covid-19 beragama Islam.

Iklan
Iklan

Majlis penyerahan dikendalikan oleh Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang dan diserahkan kepada pengurus PKRC masing-masing.

"Sumbangan al-Quran ini adalah salah satu kaedah penenang hati dan pembangkit semangat ketika berhadapan dengan situasi sekarang.

Iklan
Hashim (tiga dari kiri) menyampaikan wakaf al-Quran di PKRC Kuala Pilah pada Jumaat.

"Kita memilih untuk memberi al-Quran bagi memberi ruang dan peluang kepada pesakit serta para petugas untuk membaca al-Quran pada waktu terluang, sekali gus menjadi salah satu usaha sebagai penawar untuk menenangkan jiwa," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sementara itu, Timbalan Komander PKRC Politeknik Port Dickson, Dr Fadzilah Ishak memberitahu, sehingga Jumaat, sebanyak 1,676 pesakit Covid-19 telah dikuarantinkan di PKRC Port Dickson.

Iklan

PKRC yang boleh menempatkan lebih 800 pesakit itu mula beroperasi pada 18 Mei lalu dan telah menerima pelbagai peringkat umur pesakit Covid-19 antara tiga hingga 80 tahun.