ITALI melaungkan amaran awal menjelang aksi pembukaan Euro 2020 12 Jun ini apabila membelasah Republik Czech 4-0 pada aksi persahabatan terakhir di Bologna, awal pagi Sabtu.
Kemenangan berkenaan sekali gus meneruskan kecemerlangan skuad Azzurri itu setelah menang 7-0 ke atas San Marino, 29 Mei lalu.