Iktiraf program undang-undang USIM diharap lahir graduan berwibawa

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima pengiktirafan penuh bagi program Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang (LKPU).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, graduan akan mendapat pengiktirafan mengikut kategori yang tersenarai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, graduan lulusan undang-undang USIM yang bergraduasi pada 2018 ke atas diiktiraf sebagai orang berkelayakan berdasarkan Seksyen 3 Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan dikecualikan daripada menduduki Sijil Amalan Guaman (CLP).

"Graduan yang bergraduasi pada tahun 2016 dan 2017 serta mendapat Certificate of Completion and Skill of Practical Training diiktiraf sebagai orang berkelayakan berdasarkan Seksyen 3 Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan dikecualikan daripada menduduki CLP.

Iklan
Takiyuddin Hassan

"Graduan yang bergraduasi pada 2016 dan 2017 dan tidak mendapat sijil tersebut dikehendaki menduduki dan lulus peperiksaan CLP,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berharap USIM dapat melahirkan graduan undang-undang berwibawa, berdedikasi dan bermoral tinggi untuk mengisi keperluan sektor perundangan negara, sama ada sebagai pegawai di bidang kehakiman, perundangan, penasihat dan pengamal undang-undang serta lain-lain cabang perundangan.

Iklan

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar turut mengucapkan tahniah atas usaha keras ahli Lembaga Pengarah, Pentadbiran Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Jawatankuasa Pengajian, para pensyarah dan alumni.

"Saya percaya graduan FSU USIM yang dididik dalam perundangan dan syariah akan mampu membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi lagi dalam usaha mengarusperdana syariah, undang-undang yang mendasari negara kita,” ujarnya.