Sumbang RM10 untuk bantu golongan terkesan PKP 3.0

Iklan
MBS melancarkan Misi 10FOR10 untuk membantu golongan yang terkesan dengan PKP 3.0 di Selangor.

SHAH ALAM - Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) melancarkan Misi 10FOR10 bagi membantu golongan yang terkesan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pemangku Presiden MBS, Mohammad Syafiq Ridzwan Jamaluddin berkata, inisiatif tersebut digerakkan atas dasar tanggungjawab komuniti dan sikap peduli belia Selangor terhadap masyarakat setempat.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, inisiatif berkenaan disasarkan kepada warga Selangor dengan menyumbang RM10 ke tabung MBS dan hasil kutipan akan disalurkan sepenuhnya kepada golongan yang terkesan akibat PKP 3.0.

"Selain bantuan kerajaan Pusat dan negeri Selangor, bantuan daripada komuniti setempat juga penting yang mana ia bersifat ‘ad-hoc’ dan bersasar.

Iklan

"Warga Selangor yang berminat boleh menyumbang melalui akaun Bank Islam MBS pada nombor 12308 01011 5744 atau mengimbas kod QR pada aplikasi DuitNow dan e-dompet Touch n Go yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohammad Syafiq berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan misi tersebut atau mempunyai maklumat berkenaan golongan sasaran di Selangor boleh menghubungi Exco Kesukarelawanan MBS, Khairul Azwan di talian 012-9796110.

Iklan

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada individu yang menyumbang dan menyeru warga Selangor terutamanya belia untuk terus komited mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 bagi memutuskan rantaian Covid-19.