PDRM lulus 12,000 permohonan rentas daerah, negeri

Iklan
PDRM meluluskan 12,000 permohonan rentas daerah dan negeri setiap hari sejak penguatkuasaan Sekatan Pergerakan Penuh dikuatkuasakan, pada Selasa. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluluskan 12,000 permohonan rentas daerah dan negeri setiap hari sejak penguatkuasaan Sekatan Pergerakan Penuh dikuatkuasakan pada Selasa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, permohonan rentas daerah dan negeri yang diluluskan itu bagi permohonan melibatkan kematian, kecemasan dan pemohon yang bekerja sendiri.

Iklan
Iklan

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, PDRM juga menutup 118 jalan kecil yang sebelum ini digunakan orang awam sebagai jalan alternatif untuk merentas daerah dan negeri di seluruh negara.

"Tinjauan di lebuh raya-lebuh raya utama di seluruh negara juga mendapati kadar aliran kenderaan menurun kepada sekitar 500,000 kenderaan sehari berbanding 1.3 juta kenderaan sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dikuatkuasakan,” katanya pada sidang akhbar secara dalam talian, di sini pada Sabtu.

Iklan

Sementara itu, beliau memaklumkan kira-kira 85,000 pemeriksaan harian dilaksanakan PDRM dan agensi berkaitan sejak Selasa selaras pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh.

Beliau berkata hampir 35,000 premis diperiksa termasuk pasar raya, restoran, kilang dan tempat-tempat yang dibenar beroperasi di seluruh negara.

Iklan

Hamzah berkata sebanyak 3,514 kompaun dikeluarkan termasuk 117 dikenakan terhadap perbadanan atau syarikat dan 163 tangkapan dilakukan atas kesalahan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 1 Jun sehingga 4 Jun. -Bernama