JKNS laksana program vaksinasi bergerak di rumah warga emas, OKU

Iklan
Senarai pasukan bergerak, jumlah lokasi dan penerima yang bakal menerima suntikan vaksin di bawah Program Outreach Vaksinisasi untuk warga emas dan OKU di Selangor.

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan memulakan Program ‘Outreach’ Vaksinasi Covid-19 di rumah jagaan warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) bermula 8 Jun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 16 pasukan bergerak akan ke 68 pusat jagaan warga emas dan OKU di sembilan daerah di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, usaha itu bertujuan memastikan golongan berkenaan tidak ketinggalan untuk menerima vaksin.

"Konsep ‘outreach’ atau vaksinasi bergerak ini juga dilaksanakan bagi mengurangkan risiko kepada golongan warga emas dan OKU.

Iklan

"Semoga dengan ikhtiar ini akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi di Selangor dan mencapai matlamat ‘herd immunity’ (imuniti kelompok)," menurut kenyataan di Facebooknya pada Sabtu.

Sebanyak 1,893 penghuni telah mendapat persetujuan penjaga untuk menerima suntikan vaksin menerusi program itu.

Iklan

Program outreach vaksinasi Covid-19 ditawarkan kepada pusat jagaan kerajaan (Rumah Seri Kenangan, Rumah Ehsan, JKM), pusat jagaan berlesen (Akta 506, Akta 586) dan pusat jagaan swasta tidak berlesen.

Selain warga emas dan OKU, program tersebut juga dikhususkan kepada penjaga di pusat jagaan terlibat.