KUALA LUMPUR - Penggabungan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama News Channel (BNC) masih dalam pertimbangan dan belum dimuktamadkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
"Kami tidak meneliti perkara itu sekarang. Tetapi ia bukan dibatalkan. Ia adalah sesuatu yang masih kami pertimbangkan. Kami sedang meneliti perkara-perkara lain dalam RTM dan Bernama sekarang.