Isu ladang hutan: Tiada laporan baharu

Iklan
Sebahagian peserta yang terlibat dalam Program Gerak Mesra SPRM bersama Media dan Rakan Strategik-#integriti on target.

IPOH - Tiada laporan baharu diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu kelulusan permit ke atas sebuah syarikat bagi menjalankan ladang hutan seluas 400 hektar di dua kawasan dalam daerah Kinta.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus berkata, sehingga kini hanya satu laporan diterima yang dibuat atas nama gabungan NGO Perak, 11 Februari lalu.

Iklan
Iklan

"Maklumat-maklumat berkaitan kes ini diterima hasil laporan NGO terbabit dan tidak ada laporan terbaru dibuat mana-mana pihak lain.

"Tambahan pula kes ini masih dalam tindakan SPRM jadi tidak banyak perkembangan terbaru," katanya kepada pemberita, hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan SPRM dibuat Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su bersama Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) mendakwa timbul keraguan bagaimana syarikat yang baru ditubuhkan kurang lima bulan itu memperolehi kebenaran mengusahakan tanah di Hutan Simpan Kledang Saiong dan Hutan Simpan Bukit Kinta.

Zainul berkata, hanya isu membabitkan hutan terbabit dilaporkan kepada SPRM setakat ini.

Iklan

"Lain-lain laporan berkaitan isu hutan atau tanah kita belum diterima," katanya.

Zainul Darus

Terdahulu beliau ditemui pada Program Gerak Mesra SPRM bersama Media dan Rakan Strategik-#integriti on target di Lapang Sasar Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.

Seramai 80 peserta dari 10 agensi kerajaan dan media mengambil bahagian dalam acara menembak menggunakan senjata jenis pistol Glock G26.

Zainul berkata, program julung kali diadakan itu bagi menghargai kerjasama agensi penguatkuasa dan orang awam dalam menjalankan program pencegahan selama ini.

Katanya, pistol yang digunakan itu juga antara senjata yang dibekalkan kepada penguatkuasa SPRM terutama dalam operasi bagi tujuan menjamin keselamatan pegawai.

"Dalam SPRM, penggunaan senjata lebih kepada mempertahankan diri bukan untuk menembak sasaran, ia digunakan sekiranya ada keperluan tertentu apabila menerima ancaman dalam operasi," katanya.