KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada jam 6.57 pagi Ahad.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran itu berlaku pada kedudukan 112 kilometer (km) barat daya dari Tidore, Indonesia dengan kedalaman 60km.