Duit lesap RM10,600 angkara pekerjaan tidak wujud

Iklan
Gambar kecil: Mohd Wazir

KUANTAN - Seorang penuntut di sebuah intitusi pengajian tinggi awam di sini mengalami kerugian RM10,600 selepas diperdaya sindiket pekerjaan tidak wujud pada Jumaat lalu.

Mangsa berusia 23 tahun berminat untuk menyertai perniagaan secara dalam talian setelah tertarik dengan satu iklan tawaran kerja sambilan di laman sosial Facebook ketika berada di rumahnya di Bera.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa kemudiannya berurusan dengan seorang ejen yang dikenali dengan panggilan Jenny bagi menyatakan hasratnya itu.

Menurutnya, suspek meminta mangsa membuka satu akuan E-Job dan perlu membuat pembayaran bagi meningkatkan harga barangan yang akan dijualnya.

Iklan

"Bagi memberikan keyakinan, suspek telah menawarkan potongan harga sebanyak tiga peratus kepada mangsa keuntungan bagi setiap barangan yang dibeli pelanggan.

"Tanpa berfikir panjang, mangsa bersetuju dan membuat pemindahan wang secara dalam talian dengan umlah keseluruhan berjumlah RM10,600," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mohd Wazir berkata, selepas itu suspek masih lagi meminta mangsa membuat pembayaran RM10,000 atas alasan sama.

Bagaimanapun, jelasnya, mangsa tidak berbuat demikian kerana mula merasa curiga dengan tindakan suspek.

"Mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera pada petang Sabtu. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," ujarnya.

Mohd Wazir menambah, modus operandi yang digunakan suspek ialah dengan memperdaya mangsa tawaran kerja yang tidak wujud di dalam laman sosial facebook.

Katanya, perbuatan itu menyebabkan mangsa ditipu seterusnya mengalami kerugian.