1,128,738 individu lengkapkan dua dos vaksin Covid-19

Iklan
Seramai 2,364,455 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini berjumlah 3,493,193 dos.

KUALA LUMPUR - Seramai 1,128,738 individu sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat Sabtu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini memaklumkan, seramai 2,364,455 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini berjumlah 3,493,193 dos.

Iklan
Iklan

Katanya, Selangor merekodkan pemberian dos lengkap tertinggi sebanyak 145,970, diikuti Sarawak (119,306), Perak (105,525), Kuala Lumpur (101,821) dan Johor (98,276).

Sementara itu, setakat semalam, sebanyak 52.3 peratus atau 12,683,764 individu telah mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi seramai 3,353,308 orang.

Iklan
Dr Adham Baba

Mengikut perancangan, fasa kedua program itu yang bermula April lepas hingga Ogos ini akan membabitkan pemvaksinan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya.

Fasa ketiga dari Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu berusia 18 tahun ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran sekurang-kurangnya 13.7 juta orang.

Iklan

Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lepas, kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan termasuk warga kesihatan menerima vaksin itu. - Bernama