Pengalaman hidup susah dorong Ayusri tawar makanan percuma

Iklan
Ayusri bersama isterinya mengusahakan Restoran Elianie sejak dua tahun lalu. Gambar kanan: Restoran milik Ayusri diuruskan adiknya, Ayusdi (kiri) dan dia diamanahkan menyampaikan makanan percuma kepada mereka yang memerlukan.

BATU CAVES - Kenangan tidak dibenarkan berhutang dan gulai yang dipesan dimasukkan semula ke dalam periuk tidak mungkin dapat dilupakan oleh pemilik Restoran Elianie, Ayusri Yussof, 37.

Ayusri berkata, kenangan pahit pada tahun 2008 sewaktu dia mencari rezeki di ibu kota dengan pendapatan hanya RM570 sebulan itu tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengalaman pernah merasai hidup susah mendorongnya menawarkan makanan percuma kepada individu memerlukan sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh atau 'total lockdown'.

"Dahulu setiap hujung bulan saya makan nasi berlaukkan kuah gulai kaki ayam. Kalau tidak cukup duit saya berhutang dengan satu kedai yang biasa saya pergi.

Iklan

"Cuma pada satu hari itu, kedai tersebut tutup. Kemudian saya pergi ke sebuah kedai lain dan ketika itu saya hanya ada ada RM1.30, kurang 70 sen untuk membayar gulai kaki ayam yang sudah siap dibungkus.

"Disebabkan duit tidak cukup, saya minta untuk berhutang dengan penjual itu, malangnya tidak dibenarkan sambil gulai tersebut dimasukkan semula ke dalam periuk. Dalam keadaan sedih saya terus pulang ke rumah dan hanya makan nasi dengan kicap," kongsinya kepada Sinar Harian.

Iklan

Bertitik tolak daripada itu, sebaik mendengar pengumuman kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP 3.0 dan 'total lockdown', hatinya terus teringat kenangan lama dan terpanggil untuk berkongsi sedikit rezeki bersama mereka yang memerlukan.

"Kepada sesiapa yang tidak mampu atau tidak mempunyai wang untuk makan, anda dipelawa dan dialu-alukan untuk ke Restoran Elianie di Kampung Laksamana untuk mengambil makanan secara percuma sepanjang tempoh PKP ini.

"Kedai tersebut diuruskan oleh adik saya. Mereka yang memerlukan hanya datang ke kaunter dan maklumkan anda perlukan makanan. Jangan biarkan anak-anak kelaparan di rumah," katanya.