Proses vaksinasi lembab tunjuk ketidakmampuan pemerintahan

Iklan
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap percanggahan keputusan antara menteri, ketidaktentuan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh dan kelembapan dalam isu vaksin menunjukkan ketidakmampuan pemerintah sekarang ini.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, kerajaan diibaratkan seperti samseng apabila mendera dan menahan golongan pengkritik dengan menggunakan alasan darurat sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk melicinkan pengurusan terhadap pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Ini negara apa, kepimpinan samseng? Guna darurat untuk licinkan pentadbiran tetapi dera rakyat. Masalah kelembapan vaksin, mereka kata Selangor sudah diberikan 2.9 juta vaksin yang nasib baik dijelaskan kerajaan Selangor jumlahnya hanya lebih 600,000.

"Mereka kata akan dapat vaksin Mac dan suntik 75,000 namun yang dapat hanya 25,000 kemudian naik 45,000 pada April. Dengan jangkaan sekarang ini dan ikut unjuran tidak mungkin (pemberian vaksin) selesai akhir tahun,” katanya ketika menyampaikan amanat khas Presiden PKR secara langsung menerusi laman Facebooknya pada Ahad.

Iklan

Amanat khas itu bagi menggantikan perasmian Kongres KR yang sepatutnya berlangsung pada Ahad namun atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) ia ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Dalam pada itu, Anwar juga mengulangi pendirian Pakatan Harapan (PH) akan meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang didakwanya dibarisi pemimpin rakus serta tamak kuasa.

Iklan