DAPSY jangan gelabah: AMK Perak

Iklan
Muhamad Alif Asyraf

IPOH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak menasihatkan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) agar tidak cepat melatah dengan menolak cadangan penggunaan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Ketuanya, Muhamad Alif Asyraf Abdull Rahim berkata, cadangan tersebut berasas kerana pada PRU14 lalu telah membuktikan bahawa kemenangan Pakatan Harapan (PH) ketika itu antaranya disebabkan penggunaan logo PKR.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, logo PKR telah memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk bersatu hati mengundi memenangkan calon-calon PH ketika itu.

"Yang memutuskan silaturrahim, mencacatkan persaudaraan dan membunuh kesepakatan antara pendukung PH serta rakyat adalah wakil rakyat sama ada ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertanding dan menang menggunakan logo PKR tetapi mengkhianati mandat diberikan rakyat dengan bersama kerajaan gagal Perikatan Nasional.

Iklan

"Lebih teruk lagi, masih ada dalam kalangan pimpinan PH yang berminat mahu berunding dengan mereka yang telah memecahbelahkan kesatuan PH dan menjadi punca kejatuhan kerajaan PH," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua DAPSY Kebangsaan, Howard Lee Chuan How yang sebulat suara menolak cadangan AMK untuk menggunakan logo PKR bagi mewakili PH dalam PRU akan datang sebaliknya memilih menggunakan logo PH.

Iklan

Cadangan penggunakan logo PKR pada PRU15 itu diusulkan Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam ucapan dasar persidangan tahunan AMK Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 pada Sabtu.

Sementara itu, Muhamad Alif yang juga Exco AMK Pusat berkata, cadangan Akmal Nasrullah itu bukan untuk kepentingan PKR semata-mata sebaliknya bertujuan menarik semula keyakinan rakyat bagi memenangkan calon-calon PH.

Menurutnya, Howard Lee tidak meragui kesetian dan komitmen PKR untuk mengembalikan mandat rakyat jika ADUN Pasir Pinji itu bersungguh-sungguh ingin memperkuat hubungan parti dalam gabungan PH.

ARTIKEL BERKAITAN:'Sekarang bukan masa bincang logo parti'

Cadangan pilih selain Anwar sebagai PM usaha pecah belah PH