KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng bagi membantu siasatan susulan dakwaannya mengenai tiga anggota polis melakukan pemerasan terhadap dua individu berhampiran lampu isyarat di Jalan Besar Kampung Melayu, Kepong pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dakwaan itu dibuat ahli Parlimen berkenaan pada 4.50 petang Ahad menerusi sidang media dan siasatan dibuat selepas berita mengenainya dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp.