PEMULIHAN ekonomi Malaysia dijangka terjejas ekoran peningkatan kes terkini jangkitan Covid-19 yang membawa kepada pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun, 2021.
Moody’s Analytics dalam nota penyelidikannya berkata, unjuran asasnya mengunjurkan pengembangan 5.6 peratus pada 2021, tetapi terdapat tambahan risiko pertumbuhan rendah dan peningkatan ketidaktentuan.
Iklan
Iklan
"Sekatan pergerakan penuh akan membawa impak kepada permintaan domestik, terutamanya penggunaan domestik memandangkan hanya perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi. Kebimbangan utama adalah sejauh mana pembuatan dan eksport akan terjejas akibat daripada kekangan kapasiti yang diperkenalkan,” katanya.
Kilang pengeluaran hanya dibenarkan beroperasi pada kapasiti 60 peratus semasa tempoh tersebut, yang mana akan mengehadkan pengeluaran dan eksport sehingga pertengahan Jun ketika eksport Malaysia berkembang pesat susulan permintaan kukuh daripada sektor teknologi konsumer global.
"Jangkitan harian Malaysia berada pada purata antara 7,000 hingga 8,000 sejak lewat Mei. Ini merupakan gelombang kedua jangkitan di Malaysia pada 2021, tetapi yang paling buruk. Gelombang pertama melanda pada Januari dengan purata jangkitan harian hanya sekitar lebih 2,500.
"Ekonomi Malaysia semasa penularan pandemik Covid-19 pada 2020 mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding banyak negara jirannya di Asia Tenggara. Jangkitan harian kekal di bawah paras 1,000 sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun tersebut,” kata Moody’s Analytics. - Bernama
Artikel Berkaitan