Segera vaksin guru, calon SPM 2021

Iklan
Mohd Azizee Hasan

SHAH ALAM - Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menyarankan agar semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dan guru-guru diberikan vaksin dengan kadar segera.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, mereka perlu diberi vaksin supaya boleh hadir ke sekolah semula untuk sesi pembelajaran bersemuka bagi menghadapi peperiksaan SPM.

Iklan
Iklan

Selain itu, menurutnya, pihak sekolah boleh mewujudkan Tabung Dana Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) bagi kegunaan guru-guru dan murid-murid untuk tujuan pembelian peralatan teknologi, alat peranti dan data internet.

"Sumbangan warga guru minimum RM10 sebulan melalui potongan gaji supaya dapat menyelamatkan murid-murid daripada keciciran pendidikan dan membantu warga guru dengan bantuan data internet.

Iklan

"Tabung ini adalah inisiatif tambahan sebagai membantu usaha pihak kerajaan untuk mengagihkan 150,000 peranti kepada murid dari keluarga berpendapatan rendah (B40),” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohd Azizee berkata, kualiti program DidikTv perlu dipertingkatkan dari sudut penyiaran dan isi kandungan agar lebih interaktif serta efektif.

Iklan

Selain itu, beliau berkata, guru-guru boleh berkongsikan kepakaran sedia ada mereka ketika perlaksanaan PdPR 1.0 dan 2.0 untuk meningkatkan kompetensi mereka.

"Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar memberikan insentif khas kepada warga guru atas usaha keras mereka untuk tujuan tersebut.

"Latihan intensif dan berterusan perlu diberikan kepada guru berkaitan cybergogy, peeragogy dan heutagogy untuk berdepan pendidikan milinium dan cabaran industri revolusi 4.0 (IR4.0).

‘Diharapkan langkah proaktif KPM akan membantu warga guru dan murid-murid demi kelangsungan masa depan pendidikan,” ujarnya.

Pada masa sama, i-Guru juga berterima kasih kepada Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jiddin berkenaan pengumuman penjadualan PdPR dan peperiksaan SPM pada Ahad.