Polis akan panggil MB Kedah

Iklan
Sinar Harian pada Ahad melaporkan polis memaklumkan menjalankan siasatan berhubung dakwaan Muhammad Sanusi memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, di sini pada Sabtu.

BUKIT MERTAJAM - [DIKEMAS KINI] Polis merakam keterangan lima individu berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan dan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya selepas siasatan kes selesai.

Iklan
Iklan

"Setakat ini kita sudah merekodkan percakapan lima individu dan akan mengambil keterangan Menteri Besar untuk siasatan lanjut kes tersebut," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Difahamkan polis akan mengambil keterangan Muhamad Sanusi petang ini di Alor Setar.

Iklan

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Pada Sabtu, komuniti media sosial kecoh susulan penularan gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta sedangkan negara kini berada sedangan melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: MB Kedah tidak pandu uji, beli kereta ketika 'total lockdown'

Polis siasat dakwaan MB Kedah pandu uji kereta ketika PKP