PENYANYI Adibah Noor memaklumkan dia masih aktif menyanyi meskipun kini jarang melihat kemunculannya di kaca televisyen.
Menurut Adibah, dia masih menerima undangan menyanyi di majlis-majlis korporat. Perkara itu dkongsikan Adibah akaun Twitter miliknya.
"Pada yang sangka saya sudah #sendu, hanya sebab jarang keluar tv dan tidak mengikut arus popular, saya aktif di arena majlis korporat. Kalau nak #DakDemok menghiburkan, email saya di msadibahnoor@gmail. Macammana okay?," tulisnya.
Menerusi posting tersebut, Adibah turut 'retweet' foto dirinya sedang menyanyi di salah sebuah majlis korporat yang dikongsi peminat.
Tweet itu turut mendapat perhatian peminat Adibah dan menyatakan, mereka tidak mampu membayar untuk mendapatkan khidmat Adibah.
Namun, pelantun lagu Terlalu Istimewa itu terus membalas dengan memberitahu bayaran untuk mengambilnya menyanyi tidak semahal yang disangka.
"Saya tidak semahal yang disangka. Dan nilai yang saya bagi umpama 'happy meal' dengan 'toys' dan barang lain lagi. Ha ha," tulisnya.