SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan agar mengambil langkah sewajarnya dalam menangani isu kenaikan mendadak harga minyak masak bagi meringankan beban rakyat.
Najib berkata, kenaikan harga tersebut lebih tinggi berbanding tahun 2016 malah peluang bagi penyeludupan amat kecil setelah sempadan negara telah ditutup ketat akibat pandemik Covid-19.
"Jadi, apakah langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk melindungi dan meringankan beban rakyat? Jangan berdiam diri sahaja. Ambil langkah yang sewajarnya.
"Ataupun dulu korang hanya tahu kecam dan salahkan saya dengan air liur sahaja?” soal beliau dalam siaran Facebook miliknya pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pada tahun 2016, kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil langkah untuk hadkan subsidi kepada paket satu kilogram (kg) untuk melawan dan membanteras penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran yang semakin rancak pada masa itu akibat perbezaan harga yang amat tinggi sekali gus merugikan negara.
Menurutnya, harga minyak masak yang tidak diberi subsidi pada masa itu naik kerana mengikut harga pasaran.
"Langkah itu telah membangkitkan kemarahan ramai pada masa itu dan Pakatan Harapan (PH) termasuk mereka yang dalam kerajaan PN sekarang mengambil kesempatan penuh untuk mempergunakan isu ini untuk kecam saya dan salahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Demi melindungi rakyat masa itu, kerajaan BN mengambil langkah untuk menambah jumlah bekalan dan memperluaskan penjualan minyak sawit paket satu kg bersubsidi ke lebih banyak kedai runcit dan pasar raya,” katanya.
Pada tahun 2016, harga minyak masak negara pernah naik buat kali pertama dalam tempoh sedekad apabila harga minyak sawit dunia melonjak.