E-sukan bantu sekat penularan Covid-19

Iklan
Aimanhaq Zaharudin

THQ Esport Club menyahut usaha kerajaan memastikan masyarakat terus kekal berada di rumah dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menganjurkan Kejohanan Mobile Legend Bang Bang THQ Stay At Home.

Pengasas dan Pengurus Pasukan THQ Esports Club, Aimanhaq Zaharudin berkata, penganjuran kejohanan secara atas talian selama dua hari itu diharap dapat membantu kerajaan memastikan usaha mengekang penularan pandemik Covid-19 dapat dilakukan dengan berkesan.

Iklan
Iklan

"Menariknya pertandingan kali ini adalah tiada yuran penyertaan dikenakan, ianya adalah kejohanan bagi menyokong usaha Kerajaan untuk Stay at Home sempena ‘total lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula 1-14 Jun 2021.

"Hadiah keseluruhan program ini berjumlah RM10,000 dan lapan pasukan terbaik dari pusingan kelayakan akan layak ke pusingan playoff yang dijadualkan berlangsung pada 11 Jun sehingga 13 Jun ini,” katanya.

Iklan

Kejohanan ini telah merima sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 256 pasukan dan jumlah peserta yang melangkaui 1,500 orang.

"Penyertaan yang dibuka pada awal minggu lalu terpaksa ditutup selepas sehari dibuka.

Iklan

"Bagi yang tidak berpeluang menjadi peserta, anda boleh mengikuti kejohanan ini secara virtual di Facebook rasmi Team Haq Esports Club,” katanya.

Kejohanan ini turut dijayakan bersama oleh La Crista Hotel, Melaka dan PennaWrites Academy selaku penaja utama.

Tambah Aimanhaq, objekif utama THQ dan penaja adalah untuk bersama-sama kerajaan mengajak anak muda, belia dan masyarakat untuk kekal berada di rumah dan mengisi keluangan masa dengan aktiviti yang bermanfaat.

"Bersama kita kekal di rumah untuk membantu negara mengekang penularan Pandemik Covid-19,” katanya.