Perdagangan penting bantu tangani pandemik Covid-19

Iklan
Persidangan Menteri Perdagangan ke-27 APEC berlangsung secara maya pada Sabtu. - Foto FB APEC

BEIJING - Persidangan Menteri Perdagangan ke-27 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) sepakat bahawa perdagangan memainkan peranan penting membantu menangani pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Yu Benlin berkata, pelbagai pihak turut sepakat selain menangani pandemik Covid-19, perdagangan dapat membantu pemulihan ekonomi.

Iklan
Iklan

"Ia juga memberi indikator kuat mengenai sokongan terhadap sistem perdagangan multilateral, selain komitmen mendorong integrasi ekonomi serantau," tambah Yu ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG).

Persidangan itu berlangsung secara maya pada Sabtu.

Iklan

Menurut beliau, hasil persidangan itu akan membawa manfaat kepada rakyat dan perusahaan serantau termasuk membolehkan orang awam mendapatkan vaksin yang selamat dengan harga berpatutan melalui dasar perdagangan yang positif.

"Syarikat serantau akan mempunyai lebih banyak peluang perniagaan susulan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik.

Iklan

"Sementara, syarikat sederhana, kecil dan mikro serta golongan wanita akan diberikan lebih banyak perhatian, khususnya dalam memperoleh manfaat daripada pertumbuhan ekonomi," ujarnya lagi.

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao pula berkata, syarikat domestik digalakkan menjalankan pemindahan teknologi dan bekerjasama dengan syarikat asing dalam pengeluaran vaksin Covid-19.

Jelasnya, China juga menyokong Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) membuat keputusan seawal mungkin mengenai pengecualian sementara hak harta intelek vaksin Covid-19. - Bernama