Akaun GO+ TnG capai lebih 1 juta pengguna

Iklan
GO mencapai lebih satu juta pengguna selepas dua bulan dilancarkan. - Foto Wargabiz

KUALA LUMPUR - GO+, produk pelaburan inklusif kewangan Touch ‘n Go Group (TnG) mencapai lebih satu juta pengguna selepas dua bulan dilancarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Effendy Shahul Hamid berkata, pencapaian itu jauh mengatasi angka yang diunjurkan syarikat.

Iklan
Iklan

"Kami akan memanfaatkan kejayaan ini dan menambah produk yang lebih pelbagai dalam kategori ini. Kami juga akan menambah baik GO+ atas sokongan maklum balas dan data pengguna yang sangat menggalakkan mengenai pengalaman pengguna,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Selain GO+, TnG juga memperkenalkan kempen +Kawan yang membolehkan perujuk meraih manfaat daripada usahanya merujukkan rakan/keluarga untuk menyertai GO+.

Iklan

Perujuk akan memperoleh kadar pulangan bonus 1.0 peratus setahun bagi setiap rakan yang dirujuknya, dengan tiada had bilangan rakan yang mereka boleh didapatkan.

"Setakat ini, tiga perujuk paling utama masing-masing telah memperkenalkan 153, 133 dan 74 rakan (penyokong) mereka dengan kempen +Kawan,” katanya. - Bernama

Iklan