Tidak kemas kini MySejahtera bukan kesalahan, kompaun perlu dibatalkan

Iklan
Mana-mana pihak tidak kemas kini aplikasi MySejahtera tidak menjadi kesalahan.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pengguna yang gagal mengemas kini aplikasi MySejahtera tidak dianggap satu kesalahan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Justeru, beliau meminta agar mana-mana kompaun yang dikeluarkan atas kesalahan terbabit perlulah dibatalkan.

Iklan
Iklan

"Ini adalah berdasarkan kepada Akta 342 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit yang mana tidak terkandung sebagai satu kesalahan untuk dikenakan kompaun oleh mana-mana penguat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ismail berkata, bagaimanapun rakyat perlu berintegriti dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap aplikasi MySejahtera.

Iklan

" MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan untuk membantu pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

"Justeru, aplikasi ini bukan hanya untuk kita mengimbas tetapi yang lebih penting adalah melakukan kemaskini setiap hari, malah setiap masa sekiranya perlu bergantung kepada pergerakan serta aktiviti kita pada hari terbabit,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau menyarankan pegawai penguat kuasa tidak salah dalam membuat sebarang tafsiran berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, ia termasuk dengan kesalahan melanggar SOP melibatkan syarikat atau kilang yang beroperasi melebihi masa ditetapkan.

"Jika ia berlaku, maka tindakan penguatkuasaan perlulah dibuat kepada majikan atau syarikat yang memaksa pekerja melakukan tugas lebih dari masa ditetapkan.

"Begitu juga kepada mana-mana syarikat yang masih menetapkan pekerjanya bertugas di tempat kerja atau datang ke pejabat biarpun ada arahan untuk melaksanakannya di rumah (work from home), maka kompaun juga adalah kepada majikan,” katanya.