NGO mohon bantuan untuk haiwan

Iklan
Bekalan makanan dan kewangan persatuan terjejas teruk sejak pelaksanaan PKP.

PETALING JAYA - Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) memohon bantuan orang ramai untuk membantu mereka memberi makanan dan keselesaan kepada haiwan terbiar di negeri ini sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh selama dua minggu bermula 1 Jun lalu.

Presidennya, R. Kalai berkata, bekalan makanan dan kewangan persatuan terjejas teruk sejak pelaksanaan sekatan itu.

Iklan
Iklan

"Kami meminta jasa baik semua untuk membantu yang termampu dari segi kewangan atau makanan (haiwan) bagi menampung perbelanjaan sekitar RM2,000 ke RM3,500 bergantung kepada hasil kutipan derma dari orang ramai.

"Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM5,000 untuk menjalankan pelbagai lagi program kebajikan untuk haiwan,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Tambahnya, kes penderaan dan pengabaian haiwan meningkat secara mendadak sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Banyak kes pembuangan haiwan peliharaan berlaku akibat berita palsu yang mengatakan haiwan boleh menyebabkan jangkitan Covid-19.

"Ada juga yang membuang haiwan akibat kehilangan sumber pendapatan. Kes penderaan domestik juga meningkat akibat stres dan kegagalan mengawal emosi," tambahnya lagi.

Iklan

Pada masa sama, beliau berharap rakyat Malaysia tidak mengabaikan dan berkongsi rezeki bersama haiwan terbiar di persekitaran mereka.

Sehubungan itu, kepada orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menghubungi SAFM di talian 016-266 2007.