Anggota polis bahagian narkotik diragut

Iklan
Rakaman CCTV merakamkan kejadian mangsa seorang anggota polis diragut.

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis wanita berpangkat Detektif Sarjan disamun ketika berada di luar hadapan bangunan Koperasi Polis Kampung Attap, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, mangsa yang juga anggota dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak tiba-tiba didatangi sebuah motosikal dari arah belakang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, suspek terus meragut beg tangan yang disandang di bahu kanan mangsa berusia 59 tahun itu.

"Suspek kemudin terus melarikan diri dan mangsa tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku dengan pantas.

Iklan

"Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa hanya mengalami kerugian RM50, kad pengenalan serta beberapa kad peribadi lain.

Iklan

Katanya, suspek sedang giat diburu dan siasatan masih dijalankan termasuk merakam percakapan mangsa.

"Kita telah teliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian untuk mengesan suspek.