MDEC lancar 100 Go Digital

Iklan
Asri Mardzuki (kini) dan Rijal Fikry (kanan) kini bergelar usahawan dalam talian selepas menamatkan karier sebagai pemain bola sepak profesional.

MALAYSIA Digital Economy Corporation (MDEC) melancarkan program 100 Go Digital Coaching (100 Go Digital) yang menggabungkan pelbagai komponen secara ‘hands-on’ dalam memimpin peserta untuk memastikan mereka mencapai prestasi baik dalam perniagaan.

Ketua Pegawai Perniagaan Digital MDEC, Aiza Azreen Ahmad berkata, agensi berkenaan sentiasa menggalakkan usahawan tempatan bergerak ke arah pendigitalan supaya terus berdaya saing, lestari, mampu bertahan dan berkembang ketika pandemik global.

Iklan
Iklan

"MDEC menerusi kepelbagaian inisiatif mahu membimbing lebih banyak perniagaan tempatan mengembangkan operasi berteraskan teknologi terkini pada masa hadapan.

"Usaha ini selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang bertujuan untuk menyokong kira-kira 875 000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan mikro ke platform digital menjelang 2025,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Beliau berkata, 100 Go Digital menyasarkan untuk menyokong sektor perniagaan runcit, syarikat makanan dan minuman (F&B) logistik dan perkhidmatan profesional.

"Para jurulatih yang terlibat dengan program ini pula mempunyai rekod prestasi cemerlang dari lapan syarikat yang kukuh iaitu AutoCount, Deepsky, Estream Software, iBizzCloud, Innergia Labs, Locus-T, Million Software dan Smart-Acc Solutions.

Iklan

"Senarai ini merupakan kumpulan pelatih digital pertama dengan lebih banyak para jurulatih yang akan ditambahkan pada masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata, selain dari sesi latihan, syarikat-syarikat ini juga akan menyediakan bahan latihan dalam talian dan pasukan sokongan program yang berdedikasi.

Mengulas lanjut, Aiza berkata, salah seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan Hero Seafood, Muhammad Rijal Fikry Yusoff (Rijal Fikry) telah menggunakan pendekatan digital dalam perniagaannya dan menunjukkan hasil dalam tempoh singkat.

"Ia selaras dengan matlamat MDEC yang memberi tumpuan terhadap empat teras digital iaitu kemahiran baharu, penerimaan, pengganggu dan pelaburan.

"Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur,” katanya.

Sementara itu, Rijal Fikry bersama bekas seorang lagi pemain Harimau Muda, Asri Mardzuki menawarkan perkhidmatan penghantaran ikan segar ke kawasan berhampiran termasuk Bangi, Ampang, Kajang, Cheras, Puchong, Seri Kembangan dan Putrajaya.

"Selepas tiga hari beroperasi, Hero Seafood berjaya menjual hampir 1,000 kilogram (kg) pelbagai jenis ikan, 500 kg udang, sotong dan ketam selain turut menjual lebih 300 ekor ayam kepada pelanggan. Bagi melancarkan operasi, kami telah mengupah lima pekerja," katanya.

Rijal Fikry berkata, Hero Seafood menggunakan kaedah pemasaran digital dan pelanggan melayari laman sosial Hero Seafood untuk membuat tempahan dan pembayaran.

"Pesanan akan dihantar kepada mereka dalam tempoh kurang dua jam bagi memastikan kesegaran makanan laut yang ditempah.

"Pada awalnya saya juga tidak begitu mahir. Di atas saranan seorang rakan, saya melayari laman web Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk mempelajari tips pemasaran digital menerusi Go E-Commerce),” katanya.