Empat orang Islam maut dilanggar trak di Kanada

Iklan
Sebuah kereta polis ditempatkan di lokasi sebuah keluarga Muslim yang sengaja dilanggar di London, Kanada pada Ahad lalu. - Foto CityNews

LONDON - Empat ahli keluarga Muslim terbunuh apabila mereka sengaja dilanggar oleh sebuah trak di London, Ontario di Kanada pada Ahad lalu.

Pegawai polis, Paul Waight pada Isnin berkata, mangsa dipercayai dijadikan sasaran serangan kerana mereka adalah Muslim.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, masih belum diketahui sama ada suspek yang melakukan serangan itu mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang membenci agama, lapor BBC.

Seorang pemuda, Nathanial Veltman, 20, dari London, wilayah Ontario telah ditangkap dalam kejadian itu, kata polis.

Iklan

Dia ditangkap di sebuah pusat beli-belah kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.

Mangsa-mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu ialah dua wanita masing-masing berusia 74 dan 44 tahun, seorang lelaki berusia 46 tahun dan seorang gadis berusia 15 tahun.

Iklan

Polis berkata, seorang lagi mangsa ialah budak lelaki berumur sembilan tahun dan dirawat di sebuah hospital.

Majlis Kebangsaan Muslim Kanada (NCCM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penyerang dalam kejadian itu perlu didakwa melakukan keganasan.

"Seorang lelaki dituduh menaiki kenderaannya, melihat sebuah keluarga Muslim sedang berjalan dan membuat keputusan mereka tidak sepatutnya hidup," kata Ketua Pegawai Eksekutif NCCM, Mustafa Farroq.

Berikutan kejadian itu, Veltman telah didakwa dengan empat dakwaan membunuh dan satu percubaan membunuh.

Serangan itu adalah yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah ke atas penduduk Muslim apabila enam orang yang beragama Islam mati ditembak oleh seorang pemuda berusia 20 tahun di sebuah masjid di Quebec pada tahun 2017.

Dalam serangan itu, seorang pemuda berusia 29 tahun, Alexandre Bissonnette, 29, dihukum penjara seumur hidup. - Agensi