NEW YORK - Menteri Luar Maldives, Abdulla Shahid telah dipilih sebagai Presiden sesi ke-76 Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Presiden semasa, Volkan Bozkir pada Isnin, lapor Sputnik.
"Abdulla Shahid dari Maldives mendapat 143 undi. Setelah memperoleh majoriti yang diperlukan, Abdulla Shahid dari Maldives dipilih sebagai Presiden Perhimpunan Agung ke-76," kata Bozkir.