Masalah jalan sempit diaju ke Putrajaya

Iklan
Rakam bergambar kenangan beramai-ramai.

KUANTAN - Masalah berkaitan jalan di sekitar DUN Semambu antara yang diajukan dalam kunjungan PH Indera Mahkota ke pejabat Kementerian Kerja Raya di Putrajaya, pagi tadi.

ADUN Semambu, Lee Chian Chung berkata, Jalan Semambu menuju ke Polisas, Jalan Haji Ahmad, Jalan Kuantan-Kemaman dan Jalan Sungai Lembing antara yang disebut dan diminta beri perhatian oleh kementerian tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rombongan PH Indera Mahkota disambut baik oleh kementerian yang berpeluang bertemu secara empat mata dengan Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

"Dalam pertemuan tersebut saya sudah bawa isu jalan Sirim ke Gebeng yang sempit dan sering mengalami kesesakan. Saya turut bangkitkan keperluan jambatan depan Jabatan Ukur Jalan Beserah bagi menyuraikan masalah trafik.

Iklan

"Permasalahan itu telah sampai ke pengetahuan Yang Berhormat Menteri dan diharapkan ia akan mendapat perhatian sewajarnya untuk rakyat di Kuantan khususnya DUN Semambu," katanya dalam kenyataan media.

Chean Chung (dua kanan) ketika perbincangan bersama Menteri
Rakam bergambar kenangan beramai-ramai.

Iklan