1,135,157 individu lengkapkan dua dos vaksin Covid-19

Iklan
Seramai 1,135,157 individu telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini setakat Isnin.

KUALA LUMPUR - Seramai 1,135,157 individu telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini setakat Isnin, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi akaun Twitternya pada Selasa berkata, seramai 2,503,655 individu menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini ialah 3,638,812 dos setakat Isnin.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 145,973 dos diikuti Sarawak (119,459), Perak (105,546), Kuala Lumpur (104,742) dan Johor (98,996).

Setakat Isnin, 52.5 peratus atau 12,743,918 individu telah mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,363,091 orang.

Iklan

Mengikut perancangan, fasa kedua program itu yang bermula April hingga Ogos ini akan melibatkan pemvaksinan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya.

Fasa ketiga bermula bulan lepas hingga Februari 2022 pula melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Iklan

Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lepas, kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan termasuk warga kesihatan menerima vaksin itu. - Bernama