Rakyat bersyukur jika Istana selesaikan kepincangan negara

Iklan
Mohd Razlan

SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menyifatkan seluruh rakyat dan dirinya akan bersyukur jika Istana Negara mula mengambil beberapa tindakan menyelesaikan kepincangan di peringkat pentadbiran negara.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan Istana Negara akan memanggil semua pemimpin parti politik itu benar, ia merupakan satu perkhabaran yang baik untuk rakyat.

Iklan
Iklan

"Banyak rungutan dalam kalangan rakyat berkenaan kaedah dan sistem pentadbiran kerajaan yang tidak efisyen dan kegagalan mengotakan janji-janji sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Sikap menteri yang tidak bertanggungjawab dengan membenarkan pengoperasian sektor perkilangan sehingga mewujudkan pelbagai kluster baru di tempat kerja dan kerajaan yang dilihat hanya berkomunikasi sehala sahaja tanpa mendengar keluh kesah rakyat.

Iklan

"Ditambah lagi dengan sikap menteri dan kementerian yang gagal berperanan sepenuhnya sepanjang tempoh PKP ini,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin parti politik bakal bertemu Agong?

Sebelum ini, akhbar The Star yang memetik sumber sebagai berkata, perjumpaan berprofil tinggi itu akan dimulai dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Rabu (9 Jun), diikuti DAP dan PKR pada 10 Jun, seterusnya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan UMNO pada 11 Jun.

Iklan

Pada Isnin, bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang dikenali sebagai penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ciapan Twitter menghargai perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung suatu Majlis Menghadap oleh semua ketua daripada keseluruhan parti-parti politik.

Mengulas lanjut, Mohd Razlan berkata, nasib rakyat tidak terbela dengan pelbagai kenyataan yang menggusarkan rakyat dan mendakwa mereka yang menyuarakan pendapat secara terbuka.

Dakwanya, perkara itu merupakan kegagalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memastikan barisan kabinetnya melaksanakan tugas dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO, DAP enggan ulas pertemuan dengan Agong

Kerajaan kata beliau, sepatutnya menjadi tempat rujukan dan perkongsian idea demi kebaikan bersama tetapi sebaliknya berlaku pada hari ini.

"Hari ini mereka menjadi kerajaan yang tidak mesra rakyat. Akhirnya rakyat terpaksa mengetuk pintu Istana bagi mendapatkan perhatian.

"Yang di-Pertuan Agong adalah tempat rakyat bernaung daripada segala kepincangan dan ketidakadilan kerajaan,” katanya.